Sunday, January 29, 2012

New MiSSioN, New ViSioN

Akhirnya aku berjaya meyakinkan mak aku untuk membawa moto ke kuantan..Walaupun family menjadi follower tp aku ttp puas..
aku mampu lakukannya..best jgk..duit pun jimat..xperlu pos..
kalau pos beratus terbang..tp dgn moto hanya rm8 jerrr..
Ya, keselamatan tu penting...Tapi aku yakin Tuhan sentiasa bersamaku...

Apa tujuannya aku jd rider..semuanya hanya kerana aku ingin memulakan hidup baru sebagai seorang employee...Zaman balajarku sudah ditinggalkan kerana ia sudah ditamatkan semenjak 2 minggu yang lalu walaupun resultnyer blum kuar..tp aku yakin insyaallah aku akan mendapat kputusan yg baik2..demi masa depanku...

Seterusnya, apa aku nk wat lps ni...aku akan memulakan kerja sebagai....Sebagai apa ye?nk ckp pun xreti..account cum tax junior executive kot..sebab aku akan wat 2 keje tu..same seperti mne aku pernah praktikal dulu...
Ya Allah, semoga Kau berkati pekerjaanku ini..Aminnn..
Aku akan cuba untuk mengumpul asetku sndr..
Aku akan cuba menjadi orang yg berguna suatu ari nnt..
Aku akan cuba berdiri ats kaki sendiri..
Biarlah aku menanggung segala yg berlaku atas diriku...

Tentang cinta, kawen....
Biarlah ia berlalu...Aku sudah letih...
Letih mengenangkan kenangan yang pernah berlaku...
Aku tidak mahu mencari...Biarlah ia dtg sendiri kpdku...
Semoga yg dtg kpdku itu seorang yg beriman dan bertanggungjawab dan mencintai aku seadanya...
Cukup tentang cinta dan  pasangan hidup...

Tentang umah sewa plk...Aku telah berjaya mendapatkan sebuah umah sewa...atau lebih tepat bikik sewa la...sebab aku sewa blk..umah sewa tu not bad la..blk pun luas jgk..Setakat aku yg hidup sorg ni okla..
harap2 aku boleh sesuaikan diri dgn orang baru...macam biasa..mengenali sesuatu yg baru adalah cabaran..
dan cabaran itulah akanku sahut..dan berharap aku blh masuk dgn housemate ku..

Cerita seterusnya tentang kerjaku...Akan mula di update setelah aku memulakan kerja pada 1 feb 2012..

Wednesday, January 25, 2012

Kata2 Untaian UnTuK MeNgUaTkaN SeManGaT...

Tidak perlu aku menaip kerana kata2 yg dipetik dlm blog tersebut sudah menunjukkan isi hati~

Petikan 1
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita...

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat...

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri....

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi...

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita...

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya...

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu sebahagian dari cara Allah menyayangi hambanya
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya.....



Petikan 2
“Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia, segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada. Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”



Petikan 3
“sesetengah perkara itu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan “
bukan mudah.
namun bila itulah ketetapan Tuhan
dan itulah kehendak dari aturan-NYA.
maka belajarlah walau penuh kesusahan dan kepayahan.
relakanlah walau diiringi air mata,
dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.

selagi kita tak redha,
hati tak akan tenang.
jiwa tak akan bahagia.

sebab itulah,
cara terbaik untuk melupakan?
adalah dengan redha.
relakan apa yang SUDAH berlaku.

bila kita relakan,
hati akan tenang,
perlahan-lahan kita akan belajar menerima hakikat,
bahawa itulah yang dikehendakiNYA.
dan pada akhirnya nanti,masa akan membuat kita lupa.”



Petikan 4
Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. 


Petikan 5
“Wahai diriku…
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah.

Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.

Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai diriku….

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?

Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.

Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?”



Petikan 6
••► Takdir adalah ketentuan dan kehendak Allah Swt dan jodoh yang telah menjadi pasangan hidup atau yang masih berusaha mendapatkannya adalah atas kehendak dan ketentuannya..Semuanya telah tertulis dalam Luh Mahfuz...

••► Jadi jika seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi jodoh kita,tidak akan ada satu tangan pun yang dapat menghalanginya atau memisahkannya...

••► Tetapi, jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita, atau tidak tepat untuk kita..Walau ada seribu tangan yang membantu,dia tetap bukan milik kita...

••► Tetapi kita harus berussaha menjaga jodoh yang terbaik atau mendapatkan yang terbaik karena Allah Swt akan mempertimbangkan usaha dan doa hambaNya...

Sunday, January 1, 2012

NeW EntRy FoR 2012...

Akhirnya tiba sudah 2012...tertutup sudah tirai 2011...
Mungkin banyak kenangan yang berlaku..tp insyaallah ianya menjadi kenangan...
Tahun baru...orang kata azam baru..tp bagiku xpernahade azamnnyer...huhu
Nak wat cmne..xpernahnye inginkan sesuatu pd tahun baru..sebaliknya bila2 mase aku inginkannya, aku akan berazam untuk mendapatkannya mengikut kemampuanku...
Semoga impianku tercapai...

2012...benar atau tidak..entahla..katanya kiamat akan berlaku...
Aku xtau tentang itu..yang aku pasti kiamat akan berlaku...
Smada aku sempat menyempurnakan impianku atau x..
Aku sendiri pun xtau..
Smoga impianku sempat terlaksana sblm kiamat...Aminnn...

Masih terus menaip...tik tik tik...
2012 juga insyallah akan berakhir pengajianku selama 5 thn stgh..
Semoga 2012 membawa rezki yg murah untukku...Aminnn...
Smoga semua impianku, impian kawan2 ku, impian familyku semuanya tercapai...
Smoga kami semua hidup dlm keamanan...Aminnn...

Huh! Baru rse mcm penat pulak menaip...
Ni la maslahku bila menaip..laju je tgn ni...
Tapi bila sruh study...adoi..cepat je ngantuknyer...
Sekian dlu dr diriku ini...
We'll see next entry k...
Smile alwayz :):):):):)

Tuesday, December 27, 2011

SekaDaR CorEtAn...

Tuhan...aku memohon padamu...
Berikanlah petunjuk kepadaku...
Dalam menghadapi situasi yang merumitkan...
Aku pohon padamu Ya Allah...
Permudahkanlah setiap jalanku didunia dan di akhirat...
Permudahkanlah stiap urusanku didunia dan di akhirat...
Smoga stiap yg berlaku ade hikmahnya utkku Ya Allah...

Semoga aku dapat menjawab exam dgn baik...Amin :)

Saturday, December 24, 2011

...Hatiku Milikmu...



Sekali kamu kata suka, aku turut sukakannya...
Tapi sayangnya...


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku


Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

SeCoNdHanD NoVeLs



Only RM 10


Benang Biru by Siti Zabeha Ibrahim
Sinopsis: Benarkah mengalahku itu menyebabkan kau dan aku terluka? Mencipta derita dan sengsara...Lantas menyepikan diri tatkala diri dicari-cari! Jemu rasanya mencipta bahagia. Letih rasanya bercinta... sendiri-sendiri jua sudahnya. Perlukah aku mengalah dan sembunyi lagi? Kerana aku perlu menjadi manusia normal walaupun tidak berpasangan kesduhannya...






Fitrah Kasih by Ilani Mysara
Cinta Dua Jiwa by Rania Firdaus


 
Only RM 16


Only RM 17


Anugerah Cinta by Nurmi Syakimi
Sinopsis: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya. Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!


Senyuman Manismu by Rania Firdaus
Akanku Tunggu by Sania Yasmin

 

Only RM 18



Aku Yang Menanti by Haiza Najwa
Gurindam Jiwa by Jemari Seni

 


Only RM 19





Only RM 20

Pelangi by Jemari Seni
Sinopsis: Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...


Ceritera I PELANGI – SYUD


Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi...Tapi, Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi... Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?
Ceritera II


KED’S STORY – HLOVATE



Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA



Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!



kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?



* * * *



Ceritera III



RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA



Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?



“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”
“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”



Gadis yang aku suka?
Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?




Only RM 23

Cinta Yang Ku Rasa by Anis Ayuni
Sinopsis : SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya. Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari. Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua. Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Kepada yg berminat untuk membeli sila email di missy_nym@yahoo.com

PeRmULaaN Yg BaiK...

Salam...
Ni baru permulaan berjinak2 dengan blog..tu pun sebab aku xde keje..klu da bz entah sempat atau x nengok bende alah ni...pe2 pun harapnye ia permulaan yg baik..